“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di
darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia;
(timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari
balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka
kembali (insaf dan bertaubat)....” (Surah Ar-Rumm, ayat 41).
“Dia menciptakan beberapa langit tanpa tiang yang kamu
lihat, dan dia mengadakan gunung-gunung di bumi, supaya jangan dia bergoyang-goyang
bersama kamu dan Dia menyebarkab di muka bumi bermacam-macam haiwan. Kami
turunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan di muka bumi bermacam-macam
tumbuhan yang baik.....” (Surah Luqman, ayat 10).
Terjemahan ini menunjukkan bahawa telah berlakunya kerosakan di bumi
adalah kerana kesalahan manusia. Manusia telah melakukan pembangunan secara
rakus tanpa mengambil kesan kepada alam sekitar. Dengan itu, berlakunya perkara
seperti kejadian tanah runtuh apabila tumbuhan dibukit di tebang dengan
sewenag-wenagnya. Manakala terjemahan kedua pula menunjukkan bahawa ALLAH s.w.t
telah menciptakan pelbagai tumbuhan yang berguna kepada manusia untuk
dimanfaatkan. Oleh itu, kita sebagai khalifah dibumi ini sebaiknya mengkaji
disebalik kebesaran ciptaannya iaitu
tumbuhan kepada kita selaras dengan arus pembangunan yang semakin mencabar dan
pesat.
No comments:
Post a Comment